top of page

Penyatuan Hutang Kad Kredit di Malaysia: Panduan Langkah demi Langkah untuk Menjimatkan Ribuan Ringgit

Selesaikan hutang kad kredit dengan menyatukan semua hutang dalam satu pinjaman yang lagi rendah faedah iaitu cara cash out property

Pengenalan: Perangkap Faedah 15%–18%

Jika anda menanggung hutang kad kredit dengan kadar faedah tinggi, itu bukan bermaksud anda “tidak pandai mengurus kewangan”, tetapi anda terperangkap dalam sistem yang direka untuk memastikan baki hutang sentiasa berputar. Di Malaysia, caj kewangan kad kredit biasanya berada pada kadar 15%, 17% atau 18% setahun, bergantung kepada corak bayaran anda, dengan kadar maksimum sekitar 18% setahun.


Apa yang ramai tidak sedar sehingga terlambat: kebanyakan rakyat Malaysia hanya membuat bayaran minimum setiap bulan. Ini memastikan akaun kad kredit kekal aktif, tetapi hutang menjadi semakin mahal. Lama-kelamaan, faedah akan bertambah dengan cepat, manakala jumlah pokok hutang berkurang sangat sedikit.


Contoh mudah: Jika anda mempunyai baki RM20,000 pada kadar sekitar 18% setahun, dan hanya bayar minimum setiap bulan, anda boleh mengambil masa bertahun-tahun — malah berdekad — untuk melangsaikan hutang tersebut. Inilah sebab ramai rasa seperti “bayar RM1,000 setiap bulan tapi hutang tak habis-habis.”


Berita baiknya: penyatuan hutang kad kredit bertindak seperti “reset button”. Ia menukar hutang yang tidak terkawal kepada pelan bayaran yang lebih tersusun dengan tempoh tamat yang jelas.


Bagaimana Penyatuan Hutang Kad Kredit Berfungsi

Konsepnya mudah: anda boleh guna konsep Cash-Out-Property (COP) dimana anda melabur hartanah dengan harga bawah pasaran, mengambil pinjaman hartanah (kadar faedah yang paling rendah di pasaran), pinjaman berlebihan selepas tolak harga rumah, itulah Cash-Out yang anda dapat untuk melangsaikan semua hutang kad kredit sekaligus.


Kelebihan utama:

  • Hanya satu bayaran bulanan, bukan beberapa kad

  • Jumlah faedah keseluruhan lebih rendah

  • Ansuran bulanan dibayar daripada rumah sewa

  • Memiliki sebuah hartanah dan boleh dijual pada tahun kemudian dan untung lagi daripada kenaikan harga hartanah.


Kajian Kes Ringkas

Seorang pelanggan mempunyai hutang RM50,000 pada 4 kad kredit.


Sebelum:

Bayar RM2,500 sebulan, tetapi sebahagian besar masuk kepada faedah


Selepas Penyatuan:

Ditukar kepada satu pinjaman rumah yang ada penyewa yang bayarkan ansuran


Hasil:

Hutang kad kredit dihapuskan, hutang hartanah dibayar penyewa, baki gaji setiap bulan meningkat dan aliran tunai peribadi menjadi baik dan stabil.


Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

  1. Buat penyatuan hutang tetapi terus guna kad kredit, seumpama gali lubang baru, tutup hutang lama.

  2. Mohon pinjaman secara rawak hingga banyak penolakan

  3. Tidak semak syarat penyelesaian awal, hutang berterusan hingga tidak mampu bayar dan akhirnya masuk Blacklist/Bankruptcy.


Kesimpulan

Anda tidak perlu terus hidup dengan faedah tinggi sehingga 18%. Penyatuan hutang boleh membantu menukar tekanan kewangan kepada pelan bayaran yang lebih terkawal, mengurangkan beban bulanan, memperbaiki DSR dan kesihatan kredit.

Dapatkan Semakan Percuma Sekarang!


 
 
 

Comments


  • Whatsapp
  • White Facebook Icon
  • Instagram
  • TikTok

© 2020 by AP Hartanah Consultancy. All Right Reserved.

bottom of page